Aku tertarik tengok video ini kerana ia feature story kat Yahoo hari ini. Sila tonton video ini dulu:

Pastinya mula-mula orang akan menyangka William Hung versi perempuan pulak muncul. People, don’t judge book by it’s cover. Don’t judge a singer by it’s look. Pepatah ini memang masih boleh guna.

Manusia, secara tipikal akan menilai dari first impression.

Jika anda lihat seorang pegawai yang rupa sempoi, kebudak-budakan & macam bodoh & slow, kita terus judge orang itu tak boleh diharap, budak tu kena diajar satu-satu. Tapi kita sering lupa, orang berkerja mengguna otak & kesungguhan, bukan muka cantik diorang.

Jika lihat seorang perempuan berbaju longgar, bertudung & berpakaian cukup menutup aurat, kita terus kata…baik budak itu, pasti sopan santun orangnya, pasti nasyid & zikir halwa telinganya. Kemudian, kita akan terkejut bila tengok dia dengar lagu Linkin Park atau MCR & ketawa berdekah-dekah sesama kengkawan perempuannya seraya berkata, kesian budak tu terjerumus dengan kelalaian dunia. Lupa ke, dia juga manusia yang membesar sezaman dengan kita, bukan manusia zaman Rasulullah yang datang kesini guna mesin masa.

Setiap orang ada baik & buruknya. Kadang-kadang tanggapan & penilaian manusia mahu kita menjadi apa yang diorang nak, tapi sebenarnya diri kita sendiri tidak sama dengan tanggapan itu. Maka, perlukah kita hipokrit menurut untuk menjadi apa yang orang nak, ATAU terus menjadi apa yang kita rasa diri kita yang sebenar tanpa peduli kata orang sekitar? (baru aku ingat persoalan ini pernah aku bangkitkan dalam entry : Ciplak). Ye, perangai yang buruk memang patut kita kikis, tapi harapan untuk menjadi manusia sempurna atau terbaik amat sukar dipenuh.

Berbalik pada video tadi, agaknya first impression yang diberi oleh Susan Boyle mungkin menyebabkan dirinya menjadi bintang sekelip mata. Jika dia memang cantik, orang akan puji dia punya pekej lengkap. Jika dia cantik tapi tak berbakat, orang akan say bye-bye. Tapi dengan rupa begini, kalau tiada bakatnya itu, pasti akan di-boo, dihenti nyanyian serta merta & orang akan kata “as expected”.

p/s: Kalau muka aku macam si Susan Boyle tu, agaknya masih ada ke yang rajin baca atau singgah blog aku ni?…urm…