Takeshi Kaneshiro; First Love: The Litter on the Breeze & God, Please Give Me More Time…

bday111009

First of all, Happy Birthday to Takeshi Kaneshiro, Khairil Afzal & Menteil (sungguh tak boleh blah, Takeshi jugak yang di-wish dulu…hehe). Apapun, bagi yang tak kenal, Khairil Afzal & Menteil bukanlah pelakon jepun apatah lagi artis sekalipun; tetapi mereka berdua merupakan rakan blogger; jadi harap tiada yang keliru k…hihihi. Apapun, lawa tarikh birthday korang tahun ni: 11-10-09. (p/s: gambar atas ni boleh re-cycle balik tahun depan…hihihi).

Takeshi Oh Takeshi…

Okay back to topic, hari ni sempena dengan birthday Takeshi Kaneshiro; aku nak tulis serba sedikit mengenai dia. Jujurnya, walaupun namanya agak terkenal dalam dunia hiburan, namun aku sendiri kurang mengenali beliau dan kurang berkesempatan menonton drama atau filem lakonan beliau. Malah, nak cam gambar dia pun payah dan sering juga aku keliru antara dia dan pelakon jepun lama yang lain seperti Takuya Kimura, Takenouchi Yutaka dan Takizawa Hideaki (Tackey).

Dan bila aku baca biografi beliau, rupanya selama ini aku hanya pernah tonton satu je drama dia iaitu Kamisama, Mou Sukoshi Dake a.k.a God, Please Give Me More Time dan baru minggu lepas aku berkesempatan salah satu menonton filem beliau ~ First Love: The Litter on the Breeze. Tak hairan la aku tak brapa kenal dengan dia kan…hihihi. Tapi, untuk rekod beliau sudah berlakon banyak filem yang hebat seperti The Battle of Red Cliff (2008); Perhaps Love (2005) dan House of Flying Dagger (2004).

Sedikit info mengenai latar belakang Takeshi: dia ni lahir dan membesar di Taiwan. Ayahnya berasal dari Okinawa, Jepun manakala ibunya orang Taiwan. Kerana itu, beliau mempunyai dua kewarganegaraan iaitu Jepun dan Taiwan. Fasih berbahasa English, Cantonese dan Japanese. Disebabkan kebolehan multi-lingual serta ejaan nama kanji-nya yang sesuai antara kanji jepun dan kanji cina (macam pelik je ayat ni..korang pepaham la sendiri); maka beliau dengan mudah menembusi pasaran dunia hiburan di China dan Hong Kong. Dan rupanya, beliau terlebih dahulu aktif dalam filem-filem cina berbanding dunia hiburan jepun kerana selama ini aku mengenalinya sebagai ‘seorang pelakon jepun’…hahaha.

More info on him: Wikipedia | DramaWiki

First Love: The Litter on the Breeze [1997]

firstlove

Filem ni baru aku tonton minggu lepas. Hahahaha****gelak dulu****. Secara jujurnya, ni la filem yang buat aku rasa blur, confuse dan rasa sungguh tak faham sepanjang menontonnya…hahaha***gelak lagi***. Tapi silap aku juga sebab anggap ni macam filem drama biasa, tu yang payah nak faham tu. Padahal filem ni punya idea dan jalan cerita yang mantap.

Filem ni mengunakan metedologi seorang pengarah filem ingin menceritakan kisah cinta berkisar kepada tema First Love tapi dalam situasi yang berbeza: sebelum dan selepas. Terdapat dua kisah cinta dalam filem ini. Yang pertama berkisar kisah seorang garbageman (Takeshi Kaneshiro) yang bertemu dan jatuh cinta pada seorang sleepwalking young woman (Lee Wai-Wai). Setiap malam dia meneman perempuan yang merayau-rayau dalam tidurnya itu. Apa yang berlaku seterusnya… saksikanlah sendiri….ngeh3. Bahagian kedua filem ni pula berkisar seorang peniaga kedai runcit (Eric Kot Man Fai) yang merasa tertekan bila terserempak semula dengan bekas kekasihnya yang pernah ditipunya beberapa tahun sebelum itu.

Bagi aku filem ini sungguh kretif yang melampaui imaginasiku….(hahaha, ayat cover bila blur dengan jalan cerita). Nevertheless, it was an awesome movie after all. Kalau korang nak download drama ni, ada kat Tracker AsianDVDClub:

Download Link for First Love: The Litter on the Breeze (1997)

Kamisama, Mou Sukoshi Dake a.k.a God, Please Give Me More Time

400px-Kamisama01

Drama yang dikeluarkan tahun 1998 ni baru aku tonton tahun lepas = 2008; hahaha, selepas 10 tahun. Tapi, honestly, drama ni among my all time favorite Japanese drama. Kalau korang suka drama 1 Litre of Tear, then drama ni korang wajib tengok jugak…..dan jangan lupa sedia tisu sekotak ye.

Drama ni mengisahkan Kano Masaki (Fukada Kyoko), pelajar berusia 17 tahun yang dijangkiti HIV selepas sekali menjual diri. Drama ni memaparkan keperitan serta cabaran yang dilaluinya apabila sudah disahkan positif HIV. Dalam masa yang sama, dia baru ingin bercinta dengan seorang komposer terkenal Ishikawa Keigo (Kaneshiro).

Untuk download drama ni:

Torrent: d-addict

Direct Download: SilentRegrets

Watch Online: MySoju

—||—||—

Nota Kaki:

1) Aku pernah menulis sedikit mengenai drama God, please give me more time di entri Menjelajah Dunia Lain.

2) Aku akhirnya dapat mengenalpasti drama favorite aku yang pernah ditayangkan di TV3 beberapa tahun yang lepas. Ingat lagi, Teru Teru Bozu….Once in a blue moon? Miahaha, rupanya drama With Love….hoho, harap ada seeder…aku nak download…miahaha. Lama giler aku cari drama ni….

3) ehem…ehem..Takashi senpai, tak kahwin lagi ke? Bila nak kahwin ni senpai? Ke senpai tunggu seseorang ni?

:razz:

Related Posts with Thumbnails
  • 24 Comments

  • Your email is never shared.
    Required fields are marked *