Takizawa Hideaki @ Tackey

takizawahideaki

The first time i saw him, i think was about 8-10 years ago. I don’t know his name at that moment, barely could remember his face. After few years i saw him again yet i couldn’t recognize him. Keep on thinking that i know him somewhere, yet my mind couldn’t recall, what a pathetic me.  Tapi bak kata orang, kalau dah jodoh tak kemana. And now, i met him again. Maybe, this is our destiny….

:lol:hahahaha…intro sungguh tak boleh blah….ROFL(=rolling on floor laughing, baru tau maksud word ni hari tu..haha)

Okay-okay, tau la semua pun nak mengaku dia ni first boyfriend korang kan….duh. Apapun, lepas aku buat entri pasal Takeshi Kaneshiro hari tu, macam best pulak entri macam ni. Lagipun, takat ni tak jumpa pun blog atau website Malaysia yang ceritakan pasal pelakon jepun kecuali blog Nakamura senpai. Jadinya, kali ni aku nak ceritakan sedikit pasal Tackey ni…hehehe.

News No Onna @ Anchor Woman

newsnoonna

Pertama kali jumpa si Tackey ni melalui drama News No Onna atau juga dikenali sebagai Anchor Woman atau News Woman. Drama ni pernah ditayangkan di TV3 sekitar tahun 1998-1999 rasanya, sewaktu zaman kegemilangan drama jepun di TV Malaysia dulu (yeah, ingat lagi GTO, Power Office Lady, With Love @ Teru Teru Bozu?). Waktu ni,  tak tahu lagi nama dia (in fact, baru 2 minggu lepas baru cam dia ni….aigooo, sungguh tak boleh blah….haha). Dan bila suram drama Jepun kat TV Malaysia, aku pun dah jadi suram jugak ngan dunia matahari terbit ni hingga la addiction bermula semula tahun 2008.

Waktu ditayangkan kat TV3 memang dah jadi favorite drama. Dan alhamdulillah, aku dapat semula video-video drama ni dari kawan. Tengok tajuk macam tau je drama ni, tapi aku tengok juga la the whole siri balik…hehehe.

Drama ni mengisahkan seorang pembaca berita, Aso Tamaki lakonan Suzuki Honami yang kematian suaminya sehari selepas perkahwinannya. Dia ni jenis yang career-oriented, tapi tetiba pula dapat wasiat kena jaga anak tirinya yang berusia 15 tahun iaitu Kudo Ryu lakonan Tackey. Mula-mula masing-masing tak ngam, tapi lama lama mula bentuk simbiosis antara diorang. Drama yang best sangat, amat direkemen untuk ditonton.

NewsnoOnna2

More info on this drama: DramaWiki

Direct Download: SilentRegrets [Megaupload]

Romeo & Juliet

Romeo_and_Juliet

Ni drama tahun 2007, aku tengok tahun 2008….hihihi. Time ni tengok ~~> rasa macam pernah ku nampak, tapi di mana ya?……

:shock:

Again, i fall for him again in this drama. Drama khas 1 episod ni berkisar ceritera cinta terlarang karya Shakespeare’s Romeo & Juliet. Morita Hiromichi (Tackey) berkenalan dan jatuh cinta dengan Kihira Juri (Nagasawa Masami), tanpa mereka tahu bahawa ayah si perempuan sedang memburu ayah si lelaki yang disyaki pembunuh. Drama ni best jugak la.

More Info: DramaWiki

Direct Download: SilentsRegrets

Torrent: d-addict

Antique Bakery

AntiqueAgain, bila tengok drama ni tahun 2008 dulu, rasa macam pernah tengok…tapi di mana ya?****siyes, somebody memang kena lempar bata kat aku ni…slow betul nak cam orang

:twisted:

Bagi peminat drama korea, mungkin dah tahu…drama ni telah dibuat versi Korea juga, aku tak sempat lagi tengok yang Korea punya….huhuhu.

Drama ni mengenai empat orang lelaki, masing-masing berlainan karekter dan latar belakang, sama-sama mengusahakan kedai kek yang bernama Antique. Bermula dengan Kanda Eiji (Tackey), seorang bekas peninju yang terpaksa berhenti dari sukan tinju. Dia teramat sukakan kek dan benda manis, jadi pabila dia berjumpa kedai kek Antique ni, dia minta kerja kat sini…sambil tengok kek yang best, boleh juga belajar dari tukang buat kek tu.

Satu yang aku paling ingat pasal drama ni, si Eiji tu….setiap kali sebelum makan benda manis, dia akan pergi jogging dulu demi nak jaga berat badan. Terfikir, kalau la aku dapat buat macam tu kan best, tapi hakikat…..faillll!!!

:evil:

Apapun, drama ni memang best. Suka aku tengok (tengok cerita ke tengok pelakonnya adekk manes oiii?)…miahaha.

antique11

pelakon Antique bakery, gambar kecil pelakon untuk siri versi Korea

Tackey2 Tackey5

More Info: DramaWiki

Direct Download: not found at the moment

Torrent: d-addict

Subtitle: d-addict [up until ep 4 only at the moment]

Korean Antique Bakery Direct Download: SilentRegrets

Majo no Jouken @ Witch’s requirement @ Forbidden love

walk

Ya, ambil lagi satu bata untuk dilempar kepada hurulaini…..aigooo, budak ni…..

Premis 1: Cik hurulaini dah menonton drama ini sekitar tahun 2008 juga, tak pasti sama ada sebelum atau selepas dua drama di atas…& ini salah satu drama favourite ambe gak

Premis 2: Cik hurulaini baru mengetahui hero handsome drama ni rupanya si Tackey….ye, BARU in sense of ketika detik ambe sedang menulis entri ni

Kesimpulan::o :evil::shock: :cry::sad:

Aku rasa ramai yang tahu pasal drama ni. Drama mengenai cinta terlarang antara seorang cikgu, Hirose Michi (lakonan Matsushima Nanako) dan anak muridnya Kurosawa Hikaru (Tackey). Hikaru ni ala-ala budak bermasalah, baru berpindah ke sekolah dan kelas Michi. Tak lama lepas tu, mereka berdua mula bercinta, dan bila mula mendapat tentangan sekeliling, mereka melarikan diri.

Drama ni juga sungguh tak boleh blah sebab punya la hebat halangan cinta mereka, hingga si cikgu tu kena lokap la, dah nak hampir mati la, sungguh hebat cinta diorang ni (antara drama ni dengan drama My Sassy Girl Chung Yang, mana lagi hebat halangan ekk?…hehe, tetiba terfikir?). Tapi juga buat ambe menangis kaw-kaw hampir setiap episod…huhu, sedih betul.

Mungkin ramai yang akan rasa benci dengan cerita ni sebab tak boleh terima jalan cerita percintaan antara seorang guru perempuan dengan anak murid lelaki (sama gak ngan drama Koishite Akuma @ Vampire Boy, ada tak suka sebab heroin ialah si cikgu…huhu). Memandangkan ambe ni jenis berfikiran terbuka, ambe okay je dengan cerita cemni….hehehe.

Oh ya, lagu tema drama ini ialah lagu First Love oleh Utada Hikaru. Entah kenapa aku rasa drama ni macam pernah tayang kat TV3….pernah ke?

More Info: DramaWiki

Direct Download: SilentsRegret | Aja-Aja

Torrent: d-addict [English (Nya) & Spanish (JapanService) Hardsub]

forbidden-love

Orthros No Inu

400px-Orthros-no-Inu-cbanner

Sebenarnya kerana drama ni la ambe buat entri ni dan dari drama ni la ambe mula tahu si budak hensem ni bernama Takizawa Hideaki atau Tackey dari duo Tackey & Tsubasa yang ambe selalu dengar, tapi buat donno je selama ni…huhu…sadis weh (The same case applied to Yuya-kun of NEWS & Yamada-kun of Hey!Say!Jump).

Drama ni insyaAllah aku akan buat special review nanti, sebab best sangat. Drama ni drama terbaru Tackey, lakonan bersama Nishikido Ryo. Drama ni pasal Aoi Ryosuke (Ryo) yang baik hati, tetapi mempunyai kuasa istimewa boleh membunuh seseorang dengan hanya sentuhan tangan, manakala si Ryuzaki Shinji (Tackey) yang bersifat manipulatif serta merupakan banduan kerana kesalahan membunuh mempunyai kuasa menyembuh dengan tangannya. Very interesting drama, & quite heavy as well. Tapi, ambe suka sangat Tackey in here…its like…he so different from his previous role….nampak dah matang & dewasa….kyaaaaa.

:razz:

Okay….okay…i should stop this…hehe. Just wait for my special review on this okay, but it will be full of spoiler la.

More Info: DramaWiki

Direct Download: SilentRegrets | Aja-Aja

Torrent: d-addict [English hardsub by Querbeet Subs]

Kebanyakan drama lakonan Tackey memang mantap-mantap belaka. Satu lagi drama dia yang famous, Strawberry on the Shortcake, tapi aku belum tengok lagi. Nanti kalau rajin aku update-kan download link untuk drama-drama ni…hehe.

More Info on Takizawa Hideaki: DramaWiki | Wikipedia

Strawberry on the Shortcake Download link:

Direct Download: not found at the moment

Torrent: d-addict

~~!!~~~!!~~

Note: all image in this entry ware taken randomly over the internet. If you are the original uploader of any of these image(s), feel free to leave your link so i can put proper credit. Thanks to all picture uploader.

:grin: Soredewa, Ja Ne~

Last updated: 2nd November 2009 8:48pm

Related Posts with Thumbnails
  • 28 Comments

  • Your email is never shared.
    Required fields are marked *