Jam kira-kira 5.30 petang. Sengaja lewat pulang dari pejabat untuk mengelak kesesakan lalu lintas. Keluar dari bangunan pejabat, hujan sudah mula turun. Aku teruskan perjalanan seperti biasa. Seperti tidak terkesan dengan cuaca yang semakin menggila, hanya pemanduan sedikit perlahan dari biasa.
Hujan turun semakin lebat. Aku bagai tidak nampak jalan di depan. Guruh & kilat sesekali mencelah. Dari kereta, aku nampak beberapa orang pemandu motosikal semakin memperlahan pemanduan. Begitu payah menunggang motosikal melawan angin yang kuat dan hujan yang lebat. Ada yang terpaksa berhenti di stesen bas. Melihat mereka, aku tiba-tiba teringat memori ketika kecil dulu.
Sama seperti mereka, dulu kami sekeluarga hanya mengharap motosikal arwah bapa jika hendak ke mana-mana. Di waktu sekolah rendah, arwah bapa yang menghantar aku ke sekolah setiap pagi. Jika pagi itu hujan, akan diredahi juga hujan itu walau bila sampai ke sekolah, baju sudah separa basah atau memang basah habis. Kasut pastinya seperti menakung air, tapi tiada pilihan lain selain terus menghadiri sekolah dalam keadaan begitu. Tiada istilah ponteng sekolah, dan tidak akan pernah balik semula ke rumah hanya kerana baju yang basah.
Itu pengalaman aku dahulu. Dan bila memandu dengan selesanya di dalam kereta walau cuaca di luar sudah menggila, aku berasa sungguh bersyukur. Inilah nikmat yang Allah telah janjikan. Sesungguhnya sesudah kesusahan akan ada kemudahan. 2 kali ayat yang sama diulang dalam surah al-Insyirah.
Dan memori itu kini bagai pengalaman berharga buatku. Sungguh kepayahan itu mengajar aku erti bersyukur walau hanya sedikit nikmat yang diberi. Tidak seperti kebanyakkan remaja sekarang yang begitu manja dalam menempuh hidup, dan bila ditimpa sedikit musibah…akan terasa payah menempuhi kesukaran. Kadang-kadang aku terkesan bilamana melihat kenalan-kenalan yang masih di awal remaja, begitu demand walau telah tersedia kemudahan. Lupa untuk bersyukur atas nikmat yang nampak sedikit, tapi jika ditarik semula nikmat itu, pasti terkapai-kapai menjalan hidup.
Hujan masih turun dengan lebatnya, seolah akan kemarau bumi jika tidak dimuntahkan hujan segera. Dan aku selamat tiba dirumah tanpa dijamah titik-titik hujan itu, tidak seperti tika dulu yang pastinya kebasahan selepas menempuh perjalanan dalam hujan selebat itu. Syukur lagi ke hadrat Ilahi. Ya Allah, tetapkanlah kami dalam keimanan pada-Mu & jangan biarkan kami lalai atas nikmat yang Engkau kurniakan. Amin.









yup…we should be thankful for what we have today!..aku pong teringat kisah zaman2 aku skolah dolu, pegi skolah naik beskal je, kekadang ayah hantar ngan motor…kalu ari ujan, ayah sempat antar aku diperkarangan sekolah,biler ayah aku beredar, hujan amat lebat..dan aku dari jauh melihat sayu..
[Reply]
post ni buat xuen lagi appreciate apa yang xuen ada… bukan x bersyukur tapi lebih bersyukur
[Reply]
hmm…
pengalaman mengajar kita semua..
hheeehehee
[Reply]
Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan laut (menjadi tinta), ditambahkan kepadanya tujuh laut (lagi) sesudah (kering) nya, niscaya tidak akan habis-habisnya (dituliskan) kalimat (nikmat) Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (SURAH LUQMAN: Ayat 27)
[Reply]
salam.. terima kasih, entry ni buat aku tersedar setelah aku terlelap seketika…
[Reply]
entri yg mampu membuat aku menangis. mmg aku pon mengalami kesusahan sebegitu masa sekolah. skrg pon susah sbb belum dapat kerja tetap lagi.
[Reply]
aku pun teringat arwah ayah aku bawak aku ngan mak aku naik kapcai gi chow kit.
hujan panas redah je.
mm.
nice topic.
buat aku nangis.
[Reply]
pengalaman lalu membuatkan kita bersyukur dan tabah utk mengharungi hari² yang mendatang…
nice entry…*insaf aku*
[Reply]
bersyukur apa yg ada
berusaha untuk mendapat yg lebih
ingat asal kejadian kita
berkat dunia dan di sana
[Reply]
nice entry…
betul 2…
kita kena bersyukur…
xkan bila susah baru kita nak bersyukur…
alhamdullilah…
thankz ya tuan tanah…
aku dah mula bersyukur….
hehe
[Reply]
sesungguhnya tiap keperitan akan diakhiri kesenangan..asalkan mahu berusaha mencapai apa yg dicita2kan..
dan mudah2an deritaku hari ini akan berakhir satu masa nanti..
bila segala perit dan derita berakhir..kita tkkan terlupa pada DIA yang memberi segalanya buat kita..
[Reply]
thanks for motivation ;p
[Reply]
eloklah besyukur dari mengeluh…
[Reply]
wah sggh bermotivasi artiker ntri kali ni..tersentuh hati ku,,,dikala aku sdg mencari sinar baru dlm khidpn…
[Reply]
petikan dari surah Ar-Rahman:
“Maka nikmat tuhan kamu yang mana satukah yang kamu dustakan?”
entri ko ni mmg menyentuh hati.. walau aku tak pernah hadapi situasi mcm tu waktu kecik, namun aku dpt rasakan.. so kita kene bersyukur pada nikmat Ilahi yang kita kecapi…
[Reply]
sama2 kita bersyukur dgn nikmat ALLAH
[Reply]
sentap dgn entri ni..bagos..
erm,tp bumi dah lame xujan..panas betul skrg ni
[Reply]
hai.. saye pembaca baru di sini.. pertama kali bertandang ke sini saye terus mencari tajuk post ini yang saye nampak kat ntahla! blog kita.. tertarik sangat.. kadang kala kite terlupa.. tu la kesilapan manusia. saye suke post ini…
[Reply]