Tips Mengurus Kewangan

Salam.

money

Merancang dan menguruskan kewangan merupakan salah satu elemen penting dalam pengurusan hidup, terutama kepada yang sudah berkerja. Jika kewangan tidak diuruskan dengan baik, maka ia akan membawa masalah kepada diri kita sendiri. Aku sendiri sebenarnya seorang yang bermasalah dalam membelanjakan duit. Aku bukan jenis yang bershoping mengusha pakaian baru setiap bulan. Makan tengah hari juga dibawa dari rumah setiap hari. Gajiku setiap bulan diguna sebaiknya untuk membayar ansuran kereta dan bayaran balik PTPTN, serta sedikit disumbang untuk belanja dapur dan bayaran balik dana FAMA. Tapi kerana merasakan aku kurang berbelanja, membuatkan aku kadang kala menjadi seorang yang ‘kurang berfikir’ ketika berbelanja. Sedar-sedar, target perbelanjaan sudah haru biru.

Dengan ini, aku ingin kongsikan sedikit tips merancang atau menguruskan kewangan. Sebenarnya aku tulis ini sebagai reminder untuk diri sendiri, harap bermanfaat bila dikongsi bersama. Tips ini lebih menjurus kepada golongan yang mula berkerja yang bergaji cukup makan seperti aku ni…

  • Seorang kawanku pernah berkata, rules of thumb dalam menguruskan kewangan ialah sepertiga digunakan untuk membayar ansuran balik/hutang (ansuran kereta, rumah, pinjaman pendidikan); sepertiga disimpan; dan sepertiga lagi untuk perbelanjaan (belanja dapur, petrol, shopping).
  • Sebaiknya buat standing instructions bagi bayaran kereta, pinjaman pendidikan, bil dan lain-lain; dibayar pada awal bulan (iaitu beberapa hari selepas gaji masuk)
  • Buka akaun berasingan untuk menyimpan dana simpanan anda. Anda perlu menetapkan berapa yang perlu disimpan di akaun khas ini setiap bulan dan ianya seharusnya tidak boleh ‘dikacau’ kecuali keadaan yang teramat mendesak dan dikeluarkan pada peratusan/jumlah tertentu sahaja. Simpanan tidak semestinya pada nilai yang tinggi, RM50 atau RM100 sebulan sudah memadai bergantung kepada pendapatan anda. Simpanan untuk pembayaran insuran tahunan kereta juga mungkin boleh disimpan di sini.
  • Membuat / membuka akaun pelaburan untuk simpanan jangka masa panjang disamping menambah sedikit pendapatan. Contoh pelaburan yang boleh dibuat ialah membuka akaun simpanan pelaburan; membeli amanah saham atau unit trust; membuka akaun deposit tetap (fixed deposit) dan lain-lain.
  • Sebaiknya jangan berhutang bila inginkan sesuatu yang mahal seperti perabot rumah atau peralatan elektrik dapur, tetapi sebaiknya berusaha mengumpul dana untuk membeli barangan yang diinginkan secara tunai.
  • Buat perancangan pembahagian perbelanjaan anda. Peruntukan untuk membayar bil dan sebagainya seharusnya tidak dicampur dengan wang perbelanjaan bulanan. Ingat untuk peruntukan tambahan berulang seperti servis kereta pada bulan-bulan tertentu.
  • Anda perlu tahu bahawa semakin lama tempoh bayaran balik hutang, maka semakin tinggi juga bayaran faedah yang perlu anda bayar. Maka sebaiknya apabila memulakan sesuatu pinjaman, ambil tempoh bayaran balik yang lebih singkat mengikut kemampuan anda. Sebagai contoh mengambil pinjaman pembelian kereta dengan tempoh bayaran balik selama 7 tahun berbanding 9 tahun sebenarnya telah menjimatkan kira-kira RM3000 bayaran tambahan (faedah).
  • Alternatif kepada kad kredit ialah kad debit. Setakat ini Maybank ada menyediakan kad ATM yang berfungsi sebagai kad debit serta Visa. Ini satu pilihan yang baik jika dibanding dengan pengunaan kad kredit lain kerana pada hakikatnya anda tidak berhutang dan juga tidak akan dikenakan caj untuk pengunaan kad tersebut.
  • Bagi lepasan graduan yang baru mula berkerja dan mempunyai pinjaman pendidikan, seeloknya tetapkan untuk terus membayar balik pinjaman tersebut. PTPTN contohnya ada menyediakan skim pembayaran secara progresif di mana pada awal kerjaya, kadar bayaran adalah lebih rendah. Jika anda mengikuti jadual pembayaran atau membayar lebih banyak dari jumlah ditetapkan, maka anda akan selamat dari kadar faedah tambahan dan hutang anda akan langsai dengan lebih cepat juga.
  • Jangan takut untuk mengambil insuran atau takaful kerana ia perlindungan untuk diri sendiri dan keluarga. Namun pastikan anda memahami setiap pakej yang diambil dan memenuhi keperluan anda. Kebiasaannya pakej insurans perubatan/hayat menyediakan kad perubatan (medic card) yang akan menanggung perbelanjaan  perubatan/hospital sepenuhnya. Terdapat juga skim insurans yang tidak meliputi kad perubatan tetapi berupa bayaran balik selepas suatu tempoh (seolah-olah anda menyimpan EPF).
  • Pada masa kini, aset tetap seperti rumah dan kereta lebih bermanfaat untuk dimiliki. Jika anda mempunyai lebihan pendapatan, membeli aset tetap seperti ini adalah lebih baik dari sekadar menambah perabot dan kain baju anda.
  • Tahukah anda bahawa pembelian buku-buku, tidak kira novel atau bacaan ilmiah, anda boleh mendapat pengecualian cukai bagi perbelanjaan tersebut? Maka simpanlah resit pembelian buku-buku anda.
  • Last but not least, jangan kedekut untuk bersedekah atau beramal. Ingatlah 1 kebaikan yang kita lakukan, Allah akan membalas 10 kali ganda.

~~~

ME: Tengah survey untuk pinjaman peribadi untuk mengubahsuai rumah keluarga. Siapa ada tips atau saranan sila la kongsi ye.

Share on Tumblr

26 comments

  1. hehehe… aku mmg ade masalah kewangan skang neh.. bagus tip2 kamu ini..
    .-= Jard The Great´s last blog ..Sesi Teh Tarik 2 =-.

  2. broSKL says:

    wah byk gak tips nye ek..bagus2 sama2 merancang kewangan untuk kesenangan di hari tua nt..
    .-= broSKL´s last blog ..Nak buka cawangan baru.. =-.

  3. joegrimjow says:

    wahaaaa
    amat elok!!
    .-= joegrimjow´s last blog ..mak su dah =-.

  4. ashie says:

    ye..yang part last tuh..jangan kedekut nak bersedekah…murah rezeki kome..insyaallah!

  5. nakamura says:

    aku ada apply kreadit card 3 kali dan 3 kali kena reject..hehehe..2 cimb bank, 1 lagi eon bank…hahaha…yela kaw..cameron ni line tak clear..so bila diorang call nak confirm aku cakap..sorry line tak clear….diorang ingat sorry tak jadi….tapi actually penting juga kad kredit bila oustation, nak booking kapal terbang, hotel n tetiba cash tak cukup…..namun kena juga tahan nafsu berbelanja…kang nanti dah terover parah pula nak membayar..sekarang ni city bank asyik call plak nak ke tak nak..aku tak nakkkkkkkkk….aku nak yang cimb bank..tapi dah segan plak nak gi bank cimb nak apply kali ke 3..heheheh

    • HurulAini says:

      aku skarang pakai je debit kad maybank….kengkadang pergi makan x sampai rm50 pun bayar guna debit kad gak sbb x kuarkan duit :mrgreen:
      jap..cimb bank ok ke interest sume…aku paling suka pakai maybank…sistem diorang senang sikit…hehe…aku x tau nak ambik loan bank mana ni…huhu…interest sampai 5% beb…huhu

      • ROSLI says:

        lebih baik guna debit kad daripada kredit kad,interest bank krg lebih sama je,loan lulus je… macam-macam cas kita kena. tak payah la buat loan… buat kejo part time lagi bagus… lumayan tau,tak lah kena interest 5%….huhu..minat hubungi saya.

  6. Kak Jie says:

    wah…tip yg sgt berguna
    tua2 mcm kak jie pun bkn pandai nk urus
    sik baik je..kak jie bkn kaki soping..heheh
    .-= Kak Jie´s last blog ..Gambar anak-anak Michael Jackson dan status anak-anak dibawah 18 tahun. =-.

  7. KhairiL says:

    cayalah, bgs entry ni

    boleh bt panduan :)

  8. Luffy says:

    at least 10% kena simpan ler

  9. shazclan says:

    huhuh..

    aku paling lemah nak urus duit nie…taw2 jer duit ptptn aku dah abis…hahaha
    .-= shazclan´s last blog ..Dah setahun rupenye =-.

  10. KampungBoy says:

    ha…yang pentingnya
    walaupun sedkit menyimpan
    tapi konsisten
    tu yang penting
    .-= KampungBoy´s last blog ..Blog Informasi KampungBoy Pencen Jadi Blog DoFollow !! =-.

  11. boljack says:

    informasi yg sgt berguna…walopun ak masih lg blaja, tp mayb boleh guna nasihat ni utk masa dpn nnt. :)
    .-= boljack´s last blog ..MUSIC REVIEW: ZEE AVI =-.

  12. kita says:

    satu tips yang berguna untuk aku yang suka boros….tq bro
    .-= kita´s last blog ..Remaja Zaman Sekarang =-.

  13. tips-tips yang bagus…mengurus kewangan menjadi kunci kepada para jutawan….
    .-= peminatjutawan´s last blog ..Asas kepada Kejayaan =-.

  14. azizan4444 says:

    tip2 yang menarik..bole digunapakai.

  15. wah, mcm penasihat kewangan la pulak dah cik hurulaini ni. huhu.. lps ni boleh la ambil part time jd penaihat kewangan :)

    anyway, nice tips dan pastinya akan diaplikasikan kelak itupun kalau aku ada rezeki utk menjadi pekerja la. sob. sob. sob..

    :sad:
    .-= azizwan(dot)com´s last blog ..Betul ke boleh buat duit dengan blog? =-.

  16. keiroro says:

    point no 3 dan no 4 mmng dah lama rancang nak buat dlm umur 19 tahun ni…

    tapi tak buat2 lagi…

    hadeishhh…

    abng no 3 ada join saham maybank masa umur bpe tah…

    semua lot die beli…

    hampir RM200k++ duit saham die terkumpul…

    padahal gaji kerje die RM 1000+ jer…
    .-= keiroro´s last blog ..Hanya untukmu FOLLOWER keiroro {dot} com… =-.

  17. cyberfly says:

    cayalah ko mmg rajin menulis entri berat2 :|
    .-= cyberfly´s last blog ..Dilema kehabisan bandwith – Seminggu tanpa JomPHP =-.

  18. wai em says:

    skrg tengah hazab membayo kad kredit…padan muka sendiri sapa suh joli…ampeh nye kad kredit…hehehe
    .-= wai em´s last blog ..Kaka waiem =-.

  19. tok says:

    bagus arr entri ni.

    tok pung x pandai manage duit..main belasah jer. skrg ni baru sedar sket.

    kalu bab makan, tok, ashie dan munir boros giler.. memang teruk.
    .-= tok´s last blog ..Tok dan Roti Canai =-.

  20. sufian says:

    lepas baca blog ni baru teringat, kad kredit aku belum bayar lagiii!!!
    .-= sufian´s last blog ..World’s Oldest Blogger Dies =-.

  21. nOj says:

    nice entry… thanks for sharing… aku ni dr muda sampai dh tua ni tetap la ade masalah menguruskan duit ni… hahaha

  22. lehfopingu says:

    nice info…tgh mengunpul duit untuk majlis ni..personal loan cimb ok gak..

  23. kamal says:

    ehem … mengurus kewangan tu .. kena ada 4 bahagian …

    1. Bijak Belanja
    2. Bijak Labur
    3. Bijak Simpan
    4. Jariah berterusan

  24. Phapau says:

    Bagusnyer tips2 di atas..

    elok jugak simpan duit di bank… dividen tinggi gak..

    simpan ASB? elok lagi… dividen lagi tinggi smpai 8.5%?

    Di Etiqa takaful??

    LAGI DAHSYAT!

    SIMPANAN + PELABURAN + PERLINDUNGAN

    mmg best!

    SIla bukak fesbook & tgk di http://www.facebook.com/etiqa.takaful.ipoh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*