Trackback & Ping?

Salam penuh kesejahteraan buat semua.

Tahukah anda apa itu trackback & ping? Mungkin ada pembaca entri ini sebenarnya sudah teramat mahir mengenai kedua-dua ‘makhluk’ ni….dan mungkin juga ada blogger yang lansung tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan kedua-dua istilah ini. Awal-awal aku nyatakan, aku di peringkat pertengahan…di mana aku tahu sikit2 je. Jadinya, entri ni akan ada dua tujuan. Pertama memperkenalkan istilah & konsep ‘trackback’ dan ‘ping’ kepada yang belum mengetahui. Kedua, aku mengharap ada pakar-pakar yang boleh membantu aku mengenai isu trackback & ping ini.

Apa itu trackback?

Ni contoh trackback yang ada di blog azizwan:

pinglist

Ni pula contoh trackback yang ada di jomphp:

trackback

Secara mudahnya, trackback ialah medium yang memberitahu sesebuah site yang kita ada meletakkan link entri mereka di blog kita. Inilah salah satu keistimewaan wordpress, dimana pengguna wordpress biasanya boleh menerima trackback. Bagi pengguna blogspot pula, paling cikai boleh tengok linkback kat referer atau rekod statistik kot….hihi.

Keistimewaan bila entri anda di-trackback ke blog lain (blog yang anda link seperti di atas):

  • Sudah pasti owner site yang kamu link-kan itu akan menjenguk blog anda, bermakna anda bertambah seorang pelawat. Dan tak mustahil dia akan menjadi pelawat setia kamu.
  • Orang lain yang datang ke site itu mungkin akan tertarik kepada entri anda & berkunjung ke blog anda, maka pelawat blog anda bertambah lagi.
  • Jika site tersebut membenarkan ‘dofollow comments’ atau ‘dofollow trackback’, maka link anda di site itu akan disenarai di index google, seterusnya menambah backlink untuk blog anda, menambah carian google ke blog anda & membantu menaikkan page rank blog anda…..wahhh….untungnya dengan hanya satu backlink (bunyi aku dah macam promoter MLM….hahaha) [p/s: blog hurulaini.net dofollow trackback only]

Bagaimana membolehkan sesuatu site menerima trackback?

Secara asasnya, blog/site yang menggunakan platform wordpress boleh secara automatik menerima trackback (atau mengesan trackback melalui ping). Seperti kedua-dua contoh imej di atas, kedua-duanya masuk secara automatik ke blog tersebut. Namun perlu difahami juga bahawa tidak semua tuan punya blog menyukai trackback kerana kebarangkalian diserang spam juga tinggi. Maka ada kemungkinan sesebuah site mungkin akan menapis atau menyekat terus (block) trackback, maka janganlah hairan jika link anda tidak di-trackback oleh site terbabit.

Namun wujud masalah kini, di mana terdapat pengguna WP terutama versi 2.7 dan ke atas mempunyai masalah menerima trackback secara automatik. Ini bermakna, terdapat blog seperti blog aku, topo & killvearn (berdasarkan survey aku) tidak menerima trackback dari blog luar. Namun ada juga yang tidak bermasalah seperti blog jomphp seperti di atas. Merujuk kepada Ahjira dan bacaan-bacaan lain, beberapa faktor yang mungkin menyebabkan masalah ini ialah:

  • Code/hack yang diubahsuai pada function.php yang menghalang kemasukan trackback (lihat contoh pada blog Ahjira)
  • Blog yang menyenarai itu tidak dikesan oleh blog yang di-link semula.
  • Kombinasi plug-in, theme…bla bla bla mungkin menghalang penerimaan trackback atau kebarangkalian disekat secara automatik oleh plugin anti-spam (hujah yang kurang kuat)

Jika anda pengguna WP, maka terdapat beberapa setting untuk memastikan anda boleh menerima trackback:

1. Setting -> Discussion, pastikan ‘tick’ pada Allow link notification from other blogs (pingbacks and trackbacks):

discussion

2. Edit/New Post Setting:

post

Jika blog wordpress anda tidak menggunakan plugin yang menyekat/menapis trackback/ping…dan kedua-dua tetapan (setting) adalah seperti di atas, seharusnya blog anda boleh menerima trackback. Tetapi jika blog anda tidak menerima, maka blog anda mempunyai masalah trackback seperti saya.

Bagaimana hendak mengatasi masalah tidak menerima trackback:

1. Kempen menghantar trackback

Dengan terbitnya entri ini, aku ingin melancarkan kempen menghantar trackback. Keuntungan menyertai kempen ini telah aku senaraikan di atas. Kempen ini boleh disertai oleh pengguna blogspot mahupun wordpress. Resolusi ini timbul bilamana dengan menghantar trackback secara manual, ia pastinya akan tersenarai pada blog yang membenarkan trackback. Berikut penyataan yang dikeluarkan Ahjira:

ahjira

Trackback boleh dihantar secara manual dengan menambah /trackback/ pada URL yang anda ingin link-kan.

Pengguna wordpress:

Kaedah:

wordpress

ATAU

wordpress2

Hasil:

wp-success

Pengguna blogspot:

Kaedah:

blogger

Hasil:

Belum diterima ketika entri ini diterbitkan

2. Membuang code/hack pada theme

Ini merujuk kepada faktor pertama masalah menerima trackback yang aku senaraikan di atas. Terdapat beberapa theme terutama yang dikeluarkan oleh Smashing Magazine menetapkan code pada function.php untuk menyekat kemasukan trackback. Jika blog anda mengguna theme yang mempunyai code ini, maka sebaiknya code tersebut dibuang. Sila rujuk blog Ahjira untuk melihat code yang dimaksudkan.

3. Menghantar ping a.k.a ping blog anda

Apa itu ping? Ping secara mudah ialah mekanisme blog anda memaklumkan dunia maya atau laman-laman web lain mengenai entri anda (kalau salah tolong betulkan, ini aku nyatakan berdasarkan pemahaman aku). Melalui ping inilah trackback kebiasaannya dikesan, yang mana ping ini memaklumkan web yang anda link mengenai link anda tersebut. Dan dengan meng-ping-kan blog anda, ia akan membolehkan ia tersenarai dalam enjin carian seperti google search dan lain-lain.

Walaupun eksperimen aku iaitu meng-ping blog pengguna blogspot tidak memberi kesan kepada trackback (a.k.a eksperimen trackback melalui ping aku fail…huhu), namun hypotesis aku menyatakan kebarangkalian trackback dari pengguna blogspot boleh dikesan adalah lebih tinggi berbanding tanpa ping. Ini juga pada hemat aku jawapan kepada faktor kedua iaitu mengesan ping/trackback dari blog terpencil.

Terima kasih kepada Shee yang sudi turut serta di dalam eksperimen aku…hihihi. Don’t worry, insyaAllah the experiments won’t give negetive impact to your blog….hoho.

Kepada pengguna blogspot, anda boleh menghantar/meng-ping blog anda melalui web Ping-O-Matic. Walaupun kebarangkalian mana-mana link di blog anda tidak di-trackback oleh blog bermasalah seperti saya, namun ‘ping’ ini membolehkan blog anda lebih mudah tersenarai dalam enjin carian.

4. Mencari punca dan penyelesaian secara teknikal

Secara logiknya, masalah tidak menerima trackback adalah disebabkan oleh faktor-faktor teknikal yang tidak saya sendiri ketahui. Saya mempunyai beberapa teori mengenai masalah ini:

  • Trackback atau pingback dari luar telah disekat oleh plugin anti-spam seperti Akismet. Untuk makluman, ujikaji penambahan /trackback/ dari web wordpress di atas telah ditapis dan tersenarai sebagai spam. Saya menjangkakan setelah sekali pingback ini di-delete dari spam que, kebarangkalian ia akan disekat secara automatik oleh plugin anti-spam ini. Jadi, bagaimakah kita boleh mengatasi ini jika ia adalah faktor yang menyebabkan trackback disekat?
  • Kebarangkalian terdapat beberapa trackback code perlu dimasukkan pada templete yang kita gunakan. Boleh lihat contoh disini, tapi serasanya, ini bukan untuk wordpress…huhu.

Kesimpulan:

1. Aku harap entri ni membantu sesiapa yang belum mengetahui istilah ping & trackback.

2. Aku rasa pengguna blogspot mungkin tidak dapat menghantar trackback melalui kaedah manual yang aku nyatakan…hoho…tapi tak rugi mencuba

3. Aku harap, sesiapa yang tahu atau mehir mengenai topik ini boleh membantu blog ini mengesan semula trackback secara automatik…huhu…onegaisimasu

4. For more info about trackback, please do refer to WordPress Trackback Tutorial, a very good article on this. Ada juga perbincangan mengenai masalah trackback di blog ini, tetapi aku tak tahu mana yang relaven.

5. Sudi-sudilah meletakkan linkback entri dari blog ini dan menghantar trackback ye…hihi…blog ini enable dofollow trackback…hihi

p/s: Sila abaikan ketidak-konsisten dalam penggunaan aku-saya & juga penggunaan bahasa yang agak bercampur-campur…yang penting korang faham kan…hihi

Nota Tambahan: Sewaktu ingin mem-publish entri ini, tiba-tiba blog aku timbul masalah Access Deny /Forbidden Error 403….kalau ada sesiapa boleh terangkan punca masalah ni berlaku, harap boleh share.

:grin:

UPDATE: Plugin dofollow trackback telah dinyahaktif bagi meminimakan jumlah plugin di blog ini.

Related Posts with Thumbnails
  • 41 Comments

  • Your email is never shared.
    Required fields are marked *