Twitter buat aku jadi STALKER

Salam.

Bangun pagi-pagi tadi, aku check twitter update macam biasa. Laptop aku memang sentiasa ON sepanjang malam sebab aku ON-kan torrent. Tapi kan….ada  satu tweet yang buat aku senyum walaupun orang yang bagi tweet tu tengah sedih:

twitter

Argh…korang jangan nak dengki aku follow dia okay. And sorry so much, i can’t help but to smile the whole morning….hihihi. Ye la, dia ni update tweet sekali seminggu, tak pun sekali dalam dua minggu….jadinya bila dia update twitter ni, rasa happy sangat tau update dia ni dengan pantas…hohoho.

Okay, hentikan drama angan tak sudah ni sebelum pembaca blog ni tutup blog ni…haha. Jadi aku ceritakan terus hasil analisis seorang new-born stalker bernama HuRuL_AiNi (bukan nama sebenar….hihihi):

  1. Dia send tweet ni sekitar jam 5 pagi….aigooo….kekanda tak tidur lagi ke, atau kekanda baru bangun untuk solat subuh? Kalau baru bangun okay la…tapi kalau tak tidur lagi, dinda risau tau… [okay, korang boleh muntah sekarang]
  2. Dia salah seorang peminat MJ? Urmm, tak hairan…sebab dia pun penari seperti MJ.
  3. “Good night, smooth criminal”….brapa banyak yang ingat untuk bagi tweet mcm ni….hihi…my seobang is so clever…hihihi

Okay cukup la 3….hihi…lagipun apa je la yang dapat dari satu tweet yang pendek…hihi. Tapi kan, sebenarnya, last week waktu aku jumpa twitter dia ni, aku ada send mesej ngan dia….tapi bila dia online ni, dia tak reply pun. Aku cuba pujuk diri dengan alasan-alasan berikut:

  • Dia penat tu…jam lima pagi, aku agak dia tak tidur lagi…tak pun dia nak cepat keluar untuk persediaan big concert dia kat Thailand weekend ni. Yunho-shi, cayo-cayo…
  • Dia nak cover takut peminat tahu hubungan kami…agaknya dia ada send email kat aku kot…lepas ni la aku check:mrgreen:
  • Banyak sangat mesej yang dia terima dari peminat, tu yang dia tak reply…takut ada yang tak sempat direply, kecik pulak hati peminat lain kan….no worries yunho-shi…i understand u
  • Aku bagi ayat sokongan sahaja, bukan pertanyaan…kerana itu dia tidak mereply…haha
  • Dia tengah sedih sesangat tu….sebab tu takde mood nak reply yang lain…huhu
  • Sebenarnya bukan dia yang tweet tu, tapi maybe manager dia ke…sebab tu tak reply dengan sesiapa…huhu
  • Yunho tak perasan mesej yang aku bagi tu <–sadis je bunyi…owh tidak….ini alasan yang di-reject aku sendiri..hihi

Aku rasa cukup cerita aku jadi stalker. Aku pun tak faham apa aku tulis ni….haha. Tapi kan, sedar tak sedar memang twitter boleh menjadi medan stalk orang lain. Mudah sangat nak tahu info orang lain melalui twitter. Sebagai contoh, beberapa hari lepas, ada kengkawan twitter aku tanya ngan @Hanc dia lelaki ke perempuan. Memang melalui twitter secara terus takkan dapat semua maklumat, tapi ada cara untuk tahu juga. Cara-caranya:

hanc

1. Dari twitterfox atau twitter client lain, klik pada avatar pengguna yang anda nak spy tu untuk buka paparan web twitter diorang.

2. Kebiasaannya, pengguna twitter akan letak alamat laman web/blog pada pada paparan web twitter diorang, maka dari situ…korang boleh terus ke blog mereka.

3. Inilah hasilnya:

hanc2

***harap cik hanc tak marah aku jadikan contoh…hihi***

Terdapat satu lagi fenomena tak boleh blah yang dilakukan oleh fan-stalker ni, iaitu follow orang yang sentiasa tulis bahasa yang dia sendiri tak pandai baca. Contoh:

minho

Dia sentiasa tulis guna bahasa Korea, tapi aku follow gak. Tak kisah la bahasa korea ke, bahasa Urdu ke….google translate kan ada.

Mungkin ramai gak yang musykil kenapa aku sibuk nak follow tweet orang yang tulis guna bahasa yang aku tak faham, tapi member blogging yang lain lambat je nak follow. Aku dah tulis dulu kat “Keikhlasan di alam cyber“, harap korang baca tu dulu ye. Another thing, ada masa aku ambik tindakan drastik unfollow orang-orang yang aku dah follow. Kenapa? Kerana aku tak sanggup nak layan/baca tweet korang. Kalau twitter yang hanya tweet spam utk promo blog atau bisnes dia memanjang, aku rasa tak perlu untuk aku terangkan. Tapi ada gak yang sembang-sembang ringan saja tapi aku unfollow juga. Kenapa? Sebab aku seharian kerja menghadap masalah yang ntah apa-apa, dan aku takut sembang dua-tiga hari tak henti pasal kucing je atau menu tiga hari lepas boleh buat aku rasa benggang. Belum lagi kalau ada yang bergaduh kat twitter, atau yang asyik maki hamun kat twitter. So, dari aku sakit hati & sakit kepala, baik aku unfollow.

Adakah hubungan dua hala takkan berlaku jika salah seorang tidak follow balik? Bagi aku tak…sebab twitter ada function menerima reply dari orang yang kita tak follow dan juga membalas semula tweet itu. Selain itu, boleh juga tahu update orang lain melalui tweets orang lain (retweet, etc).

:?:

Jadi panjang pulak entri ni. Korang anggap je entri angan tak sudah ni sebagai tutorial mengenali twitter k….hihi (cover la tu)..hihi. Bagi yang tak tahu siapa Yunho, boleh baca entri “To Dubai With Love“…haha

:grin:

Salam hari sabtu semua….have a great day…nak sambung jd stalker ni…hihi.

Related Posts with Thumbnails
  • 33 Comments

  • Your email is never shared.
    Required fields are marked *