Salam penuh kesejahteraan untuk semua.

Hari ini aku ingin ceritakan satu kisah yang baru berlaku baru-baru ini, moga ia bermanfaat terutama kepada mereka yang ingin berniaga.

Jika korang ada mengikuti Twitter aku, mungkin korang ada terbaca betapa tensionnya aku dari minggu lepas disebabkan oleh sebuah syarikat printing. Syarikat ini (aku sebut sbg syarikat A) telah diupah oleh pihak client projek rasanya untuk bind dokumen kontrak untuk salah satu projek kami. Untuk dokumen kontrak ini, kami perlu menghantar 9 set blue print lukisan-lukisan pelan yang terbabit untuk di bind pada hard cover.

Proses menyediakan lukisan pelan ini tidak semudah kanak-kanak 7 tahun melukis rumah. Setelah pelan-pelan ini siap & dicetak pada kertas tracing, kami perlu mendapatkan tandatangan pengesahan semua jurutera professional & juga (wakil) client. Dan menandatangani beratus-ratus keping lukisan itu tidak semudah seorang artis menandatangani autograf. Semuanya memakan masa.

Tetapi yang membuatkan aku benggang tahap gaban ialah kebodohan & ketidaksabaran pihak syarikat percetakan itu yang hampir setiap hari menalifon pejabat kami meminta lukisan terbabit. Mereka mula menalifon hari rabu lepas, aku katakan lukisan masih ditandatangan client. Hari Khamis mereka telifon lagi, aku masih katakan perkara yang sama. Petang Khamis pelan-pelan itu selamat tiba di pejabat, & syarikat percetakan lain (Syarikat B) mengambilnya pagi Jumaat untuk cetakan ammonia (blue print).

Pagi jumaat, syarikat A telifon lagi & aku katakan pada mereka kami baru menghantar lukisan-lukisan itu utk blue print. Mereka menawar jika mahu menukar agar dicetak di tempat mereka sahaja, agar proses binding siap lebih awal. Aku katakan tak apa,kerana kami sudah ada akaun di syarikat B. Tengah hari itu, mereka menelifon lagi, bertanya adakah sudah siap atau belum. Terpaksa aku menalifon Syarikat B bertanya bila boleh siap, syarikat B mengatakan mereka berusaha menyiapkan by Saturday, tapi jika tidak sempat, pagi Isnin dijamin siap. Aku dengan baiknya menelifon syarikat A untuk memaklumkan yang lukisan-lukisan itu hanya akan siap keesokan hari atau paling lewat pagi Isnin. Makcik Syarikat A itu mula lagi menshow-off bahawa jika mereka yang melakukan printing itu, pasti sudah siap. Cis, mak cik, benda tu bukan sikit nak disiapkan. Tapi itu aku mampu ucap dalam hati.

Untuk menambah ketensenan aku hari itu, mak cik itu menelifon lagi petang itu bertanya jika ada sebahagian yang sudah siap dicetak, mungkin boleh diambil supaya mereka boleh mula sebahagian kerja. Sekali lagi aku terpaksa menalifon syarikat B bertanyakan jika ada sebahagian yang sudah boleh diambil, tetapi syarikat B mengatakan mereka baru hendak mula mencetak kerana tadi perlu menyiapkan pesanan lain. **Fast Forward** Telifon balik syarikat A, terang, makcik tu show-off & kutuk balik syarikat B. Tapi dia tidak tahu betapa aku tension dengan panggilan dia. Mau saja aku jerit padanya “wei orang tua, rasional la sikit…ko ingat benda ni homework yang budak tadika buat ke boleh siap macam tu je. Aku dah cakap pagi Isnin siap, yang ko tak henti telifon ni apasal?”…tapi seperti biasa tu cuma boleh aku kata dalam hati & boleh taip di status FB aku…haizz…

Dan seperti dijangka, pagi sabtu seawal 9 pagi makcik Sykt A tu telifon lagi. Bengong punya makcik, lewat petang semalam aku cakap belum siap, takkan awal2 pagi ni dah siap. Dia minta aku check lagi dengan Sykt B, aku iakan saja, tapi aku tak call sykt B pun, faham sangat rasa asyik dicall ni. Sejam lepas tu, makcik tu tepon lagi, aku konfiden cakap benda tu tak dapat siap hari ini, isnin nanti bagi (brapa kali ulang da..). Mak cik tu show-off lagi cakap kalau diorang buat dah siap dah. huh, aku apa peduli…

Tapi kira-kira jam 11 pagi, Sykt B call kata drawing tu sume dah siap. Bila drawing tu sampai office, aku selamba badak call Sykt A suruh datang ambil. Boss aku cakap drawing2 tu kena diwarnakan dulu, tapi aku cadang hantar je binding, lepas binding boleh warnakan. Tak tahan nak trima panggilan mak cik tu lagi…

Pagi isnin, syarikat A tu call cakap ada drawing missing. Hah, ambik ko…nak cepat sangat, tak sempat pun kami org nak check apa-apa. ***fast forward*** Dia ada call lagi pastu, bila aku lambat sangat bagi feedback, nak buat mcm mana, aku kena check dgn engineer-in-charge dulu.

Tengah hari, diorang call lagi (suka sangat call aku, nak ambik jd menantu ke?). Kali ni dorang minta no faks, nak bagi qoutation diorang. Aku dah gelak dalam hati, ko ingat aku nak kerjasama ngan ko lagi? Tapi aku bagi je no faks atas dasar professional. Sampai faks tu, aku suruh budak admin tu simpan je dalam fail. haha…ambik ko…ingat aku cair ngan show-off ko tu.

Hari selasa & rabu, aku ditensenkan pula dengan gesaan admin office lama supaya minta Sykt A hantar balik drawing, sebaiknya sebelum dibinding. Sebab kalau dah binding, payah sangat nak warnakan sebab pelan-pelan tu dah berlipat. Haizz…aku dah tak sanggup nak berurusan ngan Sykt A tu. Tapi tensen juga bila aku buat donno je ngan gesaan admin tu. Karang aku pula disalahkan sebab ambik keputusan sendiri. Tapi sekarang aku tetapkan hati, biar je binding dulu, aku pun takde masa nak warnakan drawing2 tu cepat sangat, kena fokus ngan keja design, tu lebih urgent.

Moral of the story:

1. Tak payah nak tunjuk pandai & tunjuk hebat, cara kerja juga elemen penting dalam urusniaga.

2. Hormat bila orang cakap lagi 2,3 hari siap. Bukan semua orang yang suka/sengaja tangguhkan kerja.

3. Tak baik tergopoh-gapah dalam membuat sesuatu, membuat sesuatu secara efficient/slow & steady lebih baik untuk dapatkan hasil yang baik.

4. Learn how to be professional in works, that bring bussiness to you.

5. Sikap suka membesarkan perkara kecil & rigid pada sesuatu cara kerja (tidak flexible) boleh mempengaruhi emosi & kerja orang lain.

NOTA: maaf atas ketidaksopanan bahasa.

Kuiz hari ini: Cuba teka/kira brapa kali Sykt A telifon? :)

Related Posts with Thumbnails

13 Responses to “What a stupid business strategy”

  1. Monkey D Luffy says:

    ko nak masuk tanjung rambutan dah ker? tensen ker?

    aku ada ruang kosong… FAST FORWARD… untuk ko jer… spesel..

    ;p

    [Reply]

  2. Suluh Hati says:

    Lain kali mun ktk nengar suara makcik ya kitak jawablah…nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi buat masa ini. jangan cuba-cuba lagi…

    [Reply]

  3. LaDy NaS says:

    mak aii..nang tensen! anyway! salam perkenalan dari n4s.. :D

    [Reply]

  4. xuen adyla says:

    erk makcik tu…

    xda siapa ke nak sponsor dy julap?

    jgn masam muka….

    lain kali hempaskan je telefon..

    atau angkat telefon letak tepi..

    ahahhaah

    [Reply]

  5. milimilo says:

    susah kalo dgn deal dgn org xphm bahasa..try sembur dlm bahasa lain biar nganga tengok..huhu

    [Reply]

  6. pjan says:

    bila aku baca pasal makcik tuh aku teringat la sama la cam org bank..call x henti2 sampai naik bosan aku..tau la berhutang ngan diaorg tapi jgn la ingat tiap2 hari boss aku bagi gaji..badigol sungguh..

    itu salah satu taktik syarikat nak tunjukkan diaorg tuh sgt hebat atau satu sebab lagi diaorg xde projek nak wat so kena la rushing takut tlpas kat org lain :)

    [Reply]

  7. HuRuL_Aini says:

    to luffy:haha, nasib baik ada blog & twitter…kurang sikit tensen…reserve je ward fast forward tu utk aku…haha

    to kak aisah:haha…biar mek imagine..
    me:(nada ceria) hello, good morning…
    mrs.lim: hello, dayang rrr…mrs. lim here from B*** Press….about the drawing rrr…
    me: (monotone) The number that you dail is not in service. Please don’t call again.
    kah kah kah…sure kenak komplain….haha

    to lady nas:auk eh, nang tensen eh….sabar jak la…hehe…

    to xuen adyla:ye…angkat tepon letak tepi mmg idea yg best….tapi ni office dik oii…karang ada dia komplain ngan boss aku pulak, x pun in-coming call lain x leh masuk…huhu

    to milomilo:kah kah kah…mcm best je kalau dpt betul2 sembur…x pun aku cakap japan ngan dia…lg best kan…haha

    to pjan:haha…betul tu, nampak sangat yg company ni xde bisnes lain nak buat…rushing je nak siapkan yg ni…
    kalau yg tuntut hutang tu mmg, x tau nak hormat lansung, xde professionalisme…bg aku baik lg caj interest dr call x enti2 mcm ni….huhu

    [Reply]

  8. Kujie says:

    owh…ada homework mathematik lah pula…kira2 campur.

    dah malam dah…kak jie pun rabu nak kira bape kali syarikat tu tepon.

    sabar ye…jgn tensen selalu..nnt cepat kedut, tak anggun!

    gudnite – blog terakhir singgah utk hari ni…

    [Reply]

  9. moonie says:

    tensi nampak..

    bese la len org len prangai..

    btul2 gaknyer die nk amik jadik menan2..sajer nk test bakal menantu die, sabar ke x..haha

    [Reply]

  10. Lieya says:

    Heheheh bawak2 bersabo.. biasa la kan macam2 ragam orang bekerja nie…

    [Reply]

  11. Jard The Great says:

    uits.. keje kena pandai hendle stress. huhuhu..

    [Reply]

  12. paan says:

    actually aku kurang faham prosesnya..tapi xsuka dengan syarikat A yg berlagak gile.aku penah berurusan dgn hotel 5 star untuk wat tempahan dinner.aku bandingkan harga yg dia bagi ngan harga hotel len.ngan sombongnya dia cakap,mereka hotel 5star.aku mintak dia email quotation kat aku , berminggu2 tak sampai.hotel yg 3 star tu, cepat je wat keje.bengang aku.

    [Reply]

  13. HuRuL_Aini says:

    to kujie:haha..kuiz kira-kira tu optional kalau nak buat…haha…ye ye…ni la guna blog tuk release tension…haha…neway, aprreciate that u take ur time to visit this blog…hehe

    to moonie:haha, tak sanggup nak jadi menantu dia…haha

    to lieya: urm…sabar je yg dpt dibuat…:)

    to jard: ehehe…ye cikgu…nanti saya blaja handle stress…hehe

    to paan: hehe…yg aku x tahan ngan sykt A tu sbb diorang tak henti2 call…rushing sangat nak buat kerja…
    kalau yg mcm hotel tu bagi la memo minta qoutation, baru diorang urus, kalau tak mmg diorang lupa tu…hehe

    [Reply]

Leave a Reply