You’re Beautiful….a must watch korean drama

you're_beautiful3

Aku baru tengok drama ni sampai episod 4 (sebab subtitle episode 5 dan 6 tak keluar lagi), serius drama ni best giler. Drama ni mengisahkan Go Mi Nyu, bakal ‘nun’ yang diminta menyamar sekejap mengantikan abang kembarnya untuk masuk ke dalam band paling terkenal di Korea time tu, iaitu band A.N.Jell. Maka bermula la ceritera Go Mi Nyu menjadi Go Mi Nam, tapi kemudian atas beberapa sebab dia terpaksa terus menyamar.

Drama ni ada sikit-sikit macam Hana Kimi, Boys Over Flower dan Coffee Prince. Apapun, jom berkenalan dengan group member ambe, A.N.Jell:

A.N.Jell

Go Mi Nam [Park Shin Hye] – pemain keyboard serta vokal bagi kumpulan ini. Ahli keempat selepas vokal utama, Hwang Tae Kyung mengalami masalah tekak dan dilarang menyanyi secara live. Tapi Go Mi Nam bukan sebarang Go Mi Nam, dia bukan sahaja sebenarnya seorang perempuan, tetapi juga bakal ‘nun’. Cuba bayangkan orang lurus dan naif ini menjadi selebriti terkenal demi mencari ibunya.

Hwang Tae Kyung [Jang Geun Suk] – penyanyi utama kumpulan ini. Merasa tidak best bila company ambil ahli baru untuk bantu bahagian vokal. Seorang yang pembersih giler, tapi malangnya asyik je berdepan perkara-perkara mengerikan bila berhampiran dengan Go Mi Nam. Ekspresi muka sungguh tak boleh blah…hahaha. Antara yang awal tahu rahsia Go Mi Nam seorang perempuan…..Kalau nak compare ngan F4 Boys Over Flower, dia ni kira berpewatakan Gu Jun Pyo la kiranya, ermm, nasib baik gak si Jang ni rejek jadi gu jun pyo dulu, kalau tak….takde la event bersama Lee Min Ho di Sungai Wang hari ni yeee…hehe.

Kang On Yu / Jeremy [Lee Hong Ki of FT Island] – Drummer A.N.Jell. Dia seorang yang ceria, tapi lawaknya dia sungguh slow dan tak sedar yang Go Mi Nam seorang perempuan, walau dia asyik dapat instinct pelik pasal Go Mi Nam. Punya anjing yang bernama Angelina Jolie (sabar je la…nasib baik aku tak femes…karang orang bagi anjing ke rabbit nama hurulaini…aigooo…sungguh tak boleh blah). Scene dia selalu je dia makan something, limau…epal…aiskrim….Dia ni reflek si Toma dalam Hana Kimi (lupa nama watak Hana kimi tu…haha).

Kang Shin Woo [Jung Yong Hwa of C.N. Blue] – Pemain gitar (tak tau bass ke guiter apa jenis ntah). Dia cool+good guy dalam band ni, ala-ala Hanazawa Rui atau Ji Hoo Sunbae dalam Boys Over Flower. Dia awal-awal lagi dah detect si Go Mi Nam ni perempuan, tapi dia diamkan je. Dan dalam diam jugak dia ni suka ngan Go Mi Nam….urmm, nampaknya akan berlaku cinta tiga segi antara ahli A.N.Jell ni…aigooo, otteke?

Apapun, jom layan lagu solo Lee Hong Ki ni~ As Ever / Still, one of the OST for this drama: Update Note: I change to another video since the previous one had been removed, this is the part of the drama, where ANJell performed As Ever / Still:

You’re beautiful Fandom version:

go-mi-nam

Jung Hu Rul, seorang pelajar yang punya bakat terpendam. Suatu hari seorang lelaki muncul di hadapannya, meminta dia menyamar menjadi abangnya, sebab abangnya tengah buat pembedahan plastik betulkan mata balik lepas tersalah bedah (ada je alasan ko ye oppa, nak suruh adek maness ni debut). Hu Rul berasa serba salah, tapi kerana impian abangnya….dia ikut je la.

Lepas sign kontrak apa semua, si manager buat lawak pulak…katanya lagi sebulan Oppa baru balik, jadi si Hu Rul kena menyamar sampai si Oppa balik. Di pendekkan cerita, Hu Rul pun setuju la menyamar lagi jadi Oppa-nya. Ye la, kalau dia stop….tak menyamar lagi, tak jadi la drama ni kan…miahaha.

parkshinhye

Di hari sidang akhbar perkenalan ahli baru A.N.Jell

hongki_KangShinWoo

komen yang sungguh tak boleh blah…hahahahha….**gelak guling-guling**

Maka bermula la kehidupan baru Hu Rul bersama ahli-ahli A.N.Jell, dia kena duduk serumah dengan ahli-ahli group dia. Di sini la bermulanya pelbagai perkara menarik:

you're_beautiful1

exciden termandi pakai bidet…..tapi monolog Jang ni jugak yang tak boleh blah..haha

you're_beautiful2

Urmmmm….cukup la spoiler for the day [ BACA: Arghhh...sudah-sudah la tu berangan...miahaha. ]{Death note untuk Shee ~ jom buat drama ni pulak…miahaha}.

Anyway, bagi aku drama ni fun to watch la. Sungguh tak kering gusi tengok. Kat atas ni baru aku tunjuk si Jang my sweet liver fruit, belum lagi si Hong Ki, leader oppa FT Island yang mungkin bakal merampas cinta Jung Hu Rul dari leader oppa of Dong Bang Shin Ki…hihi…oh tidak….atau mungkin juga si Jung Yong Hwa yang ala-ala can’t take my eye off you ni…miahaha {ehem-ehem, nama dia Jung juga la….}.

Tapi seyesli, memang suka sangat ngan watak HongKi dalam drama ni, so FT Island…welcome me as one of your bakal die-hard fan k…hihi. Apapun, lima minggu yang mendatang, nampaknya tak tenang hidup ambe…haha.

Okay, as usual….untuk sesiapa yang nak download:

Torrent: d-addict

Softsub: WithS2

Direct Download: Aja-Aja (with OST & info) | Silentsregrets | cashewmaniakpop | Holden | ledoquyen [Hardsub] |

More Info: DramaWiki | SoompiThread

Review by Waiem-unnie: You’re Beautiful Ep 1&2

Oh ya, kalau tak silap, diorang ni ada buat parody setiap episod kan? Kat mana ada? YouTube ekk? (pagi subuh tak tidur lagi ni…dah malas nak cari..haha). Siapa tau, bagi tau k….kalau dah jumpa nanti ambe letak sini…hehe.

Soredewa, Ja Ne~

Related Posts with Thumbnails
  • 33 Comments